Alkisahnya...semalam dok plan ngan suami nak bawa anak-anak berkelah pada hari ni sabtu. Sebabnya dah lama rasanya tak berkelah...walaupun sekadar berkelah di Taman Tasik Metropolitan Kepong (tempat yang tiap-tiap minggu dok jogging dan anak-anak dok main situ..huhu). Tak kisahlah janji bawa nasi dan lauk-pauk dari rumah dan makan kat situ...dah namanya berkelah kan....hehehe
Jadinya dengan semangat yang berkobar-kobar nak gembirakan hati anak-anak, bangun awal kemain pagi ni nak masak. Lepas jer solat Subuh (jam 6.15am), terus ke dapur sediakan bahan-bahan untuk memasak.
Jam 6.45am anak-anak pun macam biasa dah bersiap sedia masing-masing (memang rutin biasa hari minggu bersiap awal coz dorang tahu ibu dorang nak "berjogging"). Dalam dok sibuk memasak tu, hujan turun rintik2....hmm..dah terdetik dalam hati, "camner nak jogging dan berkelah ni"....
Tapi dalam pada masa yang sama cuba fikirkan, mungkin kejap lagi hujan berhenti kot. Jam 8.30am baru siap memasak dengan pelbagai menu yang rasanya memang best jika makan kat taman nanti....Antara menunya , nasi putih, sambal tumis kosong, sup ayam, ikan bilis goreng, telur dadar, ulam timun, tembikai, budu , keropok ikan dan air masak serta teh o ais yang siap dimasukkan dalam botol besar (bekas botol air berkabonat F&N). Fuhh..memang mengancam abislah. Semuanya telah siap dimasukkan dalam tupperware dan dimasukkan dalam beg berkelah. Lengkap semuanya dengan pinggan mangkuk, cawan dan jajan....huhu
Namun, hujan pula makin lebat macam tak nak berhenti jer....jadinya masing-masing bersantai dalam rumah dulu sambil layan tv. Ibunya yang berhempas pulas memasak tadi, bersantai di atas katil dulu sambil layan mata. Apa taknya hujan-hujan ni rasa best jugak ni kalau tidur dulu sementara hujan berhenti.
Sedar jer dari tidur dah jam 10.30am, hujan masih tak berhenti....Apa citer ni?....Nak dipendekkan citer tunggu punya tunggu kul 12.00 tengahari hujan masih lebat. Masing-masing dah lapar nasi, apalagi akhirnya beg berkelah yang penuh dengan makanan tadi dibuka semula.
Tupperware-tupperware yang ada dalam beg tersebut diamek dan dihidangkan atas meja makan. Akhirnya berkelahlah kami sekeluarga di dalam rumah hari ini.....hahaha
Nota kaki: Hmm kononya nak jogging nak buang lemak-lemak degil ni, tapi tak dapat jogging so pergi tambah lagi lemak-lemak lain pula hari ni.....adoilah!!!
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Sabtu, 16 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan