Khamis, 3 Mac 2011

Ayam bakar bermentega


Bahan-bahan :
5 ketul ayam yang telah dibersihkan
2 batang serai -diketuk
3 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
1cm halia-ditumbuk
1/2 labu bawang besar-dihiris
1 1/2 sudu besar sos steak
1 1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Caranya :
-Semua bahan-bahan tersebut dilumurkan pada ayam dan gaul hingga sebati
-Perap 5 minit dan balut dengan aluminium foil sekemasnya
-Bakar selama 30 minit (jika atas kuali alihkan 15 minit sekali)
-Bila dah masak bolehlah dihidangkan, siap ada kuah lagi dari air ayam tadi


Nota kaki: 
Ni resepi secara spontan...tak sangka lak bila dah masak rasanya enak dan kuahnya pun best makan ngan nasi....Anak-anak pun siap bertambah dan ratah lagi...huhu



Tiada ulasan:

Catat Ulasan