Saya ada nak jual lampu yang dibeli lama jugak lah, tapi tak dapat nak pasang sebab plaster ceiling rumah saya tu rupanya tak sesuai nak pasang lampu ni. Ceiling ruang tamu tu rupanya rendah jer, jadi kalau pasang lampu ni memang sangat tak sesuai . Maklumlah beli lampu ni untuk rumah yang dah lama saya tak tengok sebab buat sewa.
Jadi bila penyewa bagitau kata lampu rosak, ingat nak tukar dengan beli lampu yang baru ni....alih-alih bila bawa nak pergi pasang, tak sesuai lak.
Lampu ni masih dalam kotak lagi, ada dua set semuanya.
Ini gambar lampu pameran yang saya amek kat kedai yang saya beli tu .
Harga Asal : RM300 X 2 kotak = RM600
Harga nak let go = RM400
Minat nak beli sila sms @ call @ email yer...
*Barang kena amek sendiri yer...
TQ
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Sabtu, 29 Januari 2011
Peniaga kita kena himpit
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.
Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.
Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.
Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.
Sumber : metro online
Komen saya :
Memang Malaysia ni dah macam tubuh manusia yang ada penyakit yang kritikal lebih kurang macam kanser tahap 4 dah...Nak berubat memang tak boleh nak sembuh pun. Begitulah perumpaan Malaysia ni penuh dengan pelbagai warga asing, setiap hari makin bertambah-tambah warga asing dari pelbagai negara.
Kebanyakkan warga asing yang masuk negara kita ni banyak yang jenis takde pendidikan dan dari kawasan ulu yang miskin dan tahap kesihatan mereka memang meragukan. Salah satu faktor pembawa jangkitan penyakit adalah daripada warga asing ni.
Kita sendiri memang rasa tak aman terpaksa hidup dengan kehadiran warga asing ni.Mereka ni datang dari pelbagai negara dan budaya yang mereka bawa masuk memang banyak yang kebanyakkannya jenis tak ikut undang-undang. Mereka buat macam negara mereka sendiri.
Kita sebagai peniaga pun dah susah nak cari makan. Apa taknya sana-sini kena bersaing dengan warga asing yang kalau berniaga mereka akan offer harga murah. Maklumlah warga asing ni tak perlu nak bayar cukai itu dan ini kan....Kita orang Malaysia ni memang banyak benda harus dibayar dan banyak komitmen.
Apapun dalang dlm kes ni adalah pihak berkuasa Malaysia juga kan...kalau tidak takkan mudah sangat warga asing boleh masuk negara kita ni???
yusmizal@hmetro.com.my
MINTA SIASAT...penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.
KAJANG: Mengejutkan. Tapi itulah kenyataannya apabila tujuh daripada 12 lot kedai di Taman Sri Indah, Balakong, dekat sini, yang disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diusahakan warga asing. Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.
Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.
Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.
Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.
Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.
Sumber : metro online
Komen saya :
Memang Malaysia ni dah macam tubuh manusia yang ada penyakit yang kritikal lebih kurang macam kanser tahap 4 dah...Nak berubat memang tak boleh nak sembuh pun. Begitulah perumpaan Malaysia ni penuh dengan pelbagai warga asing, setiap hari makin bertambah-tambah warga asing dari pelbagai negara.
Kebanyakkan warga asing yang masuk negara kita ni banyak yang jenis takde pendidikan dan dari kawasan ulu yang miskin dan tahap kesihatan mereka memang meragukan. Salah satu faktor pembawa jangkitan penyakit adalah daripada warga asing ni.
Kita sendiri memang rasa tak aman terpaksa hidup dengan kehadiran warga asing ni.Mereka ni datang dari pelbagai negara dan budaya yang mereka bawa masuk memang banyak yang kebanyakkannya jenis tak ikut undang-undang. Mereka buat macam negara mereka sendiri.
Kita sebagai peniaga pun dah susah nak cari makan. Apa taknya sana-sini kena bersaing dengan warga asing yang kalau berniaga mereka akan offer harga murah. Maklumlah warga asing ni tak perlu nak bayar cukai itu dan ini kan....Kita orang Malaysia ni memang banyak benda harus dibayar dan banyak komitmen.
Apapun dalang dlm kes ni adalah pihak berkuasa Malaysia juga kan...kalau tidak takkan mudah sangat warga asing boleh masuk negara kita ni???
Jumaat, 28 Januari 2011
Resepi Ikan Bakar Air Asam Jawa
Ikan Bakar Air Asam
Bahan-bahan:-
2 keping ikan tenggiri
3 ulas bawang putih-dikisar
1/2 biji bawang besar-dikisar
1 batang serai serai-dikisar
1/2 sudu serbuk kunyit
sedikit garam dan daun pisang
Cara membuat;
-Gaulkan kesemua bahan di atas
-Perapkan selama 10 minit dan balut dengan daun pisang
-Bakar hingga masak
Bahan-bahan utk air asam;
100gram asam jawa
1 biji bawang besar-dihiris
3 tangkai cili merah-dihiris
1 biji tomato-dihiris
1/2 cawan air masak dan sedikit garam
Cara membuat;
-Campurkan asam jawa dengan air masak
-Ramas hingga sebati dan asingkan bijinya
-Masukkan bawang besar,cili merah,tomato yang dihiris tadi dan sedikit garam.

Layan lagu hindustan Filem Mohabbatein
Lagu Hindustan: Humko humise churalo
Kredit pada tuan punya youtube : PremGatha
Sesekali layan lagu hindustan memang syok...tambah lak heronya shah rukh kan...hehe
Apapun lagu ni mengingatkan saya pada Aruah Tokwan yang meninggal dunia sudah setahun lebih...muziknya yang sayu buatkan saya begitu rindu pada Aruah Tokwan (Haji Hamid b.Saad).
Al-Fatihah untuk Aruah Tokwan, dan pohon pembaca yang budiman sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Aruah Tokwan saya.
Semoga Aruah Tokwan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh disisi Yang Maha Esa, amin.
Jom Layan Dikir Barat-oh Kasih Ku-rosalinda
Best lagu ni...huhuhu...
Tapi penyanyi dia gelek dan pakai seksi kemain....
Sumber dan kredit pada tuan punya blog dan youtube ni : SAMAKITA
Warga asing sempat lari
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
SERAH PASPORT...warga asing menyerahkan pasport dan permit kerja untuk pemeriksaan lanjut
Dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu, polis bersama 112 anggota dan pegawai imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyerbu rumah kongsi berkenaan, namun hanya segelintir penghuni yang ada manakala yang lainnya dipercayai sudah melarikan diri.
Dianggarkan, lebih 200 pendatang warga Indonesia menghuni rumah kongsi berkenaan, tetapi dalam operasi itu hanya 36 orang termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak ditahan untuk siasatan.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata, Ops Nyah Khas berkenaan dijalankan selepas kegiatan pecah rumah semakin menjadi-jadi di sekitar Ampang sehingga menimbulkan kegusaran penduduk.
“Kawasan sekitar Ampang yang dikelilingi hutan dan berbukit menjadi sarang pendatang tanpa izin melakukan jenayah bersembunyi supaya tidak ditangkap.
“Buat masa ini, kita akan meneruskan operasi di sekitar tapak pembinaan yang menjadi tempat tinggal mereka dalam usaha membanteras kegiatan pecah rumah seterusnya menjamin keselamatan penduduk sekitarnya,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan, awal pagi semalam. Beliau berkata, orang awam diminta menyalurkan maklumat jika mengetahui lokasi pendatang asing berkumpul supaya dapat membantu polis menahan mereka.
“Selain itu, kita juga akan membuat perjumpaan dengan pemaju bagi mengenal pasti mereka mengambil pekerja yang sah dan setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik. “Pemaju yang belum berberbuat sedemikian diminta tampil memberi kerjasama supaya dapat membanteras kegiatan pecah rumah di kawasan Ampang,” katanya.
Katanya, semua warga Indonesia yang ditahan itu dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.
Sumber : harian metro
p/s: Paling tak suka warga indon ni, dah lah datang malaysia ...pastu buat macam negara mereka pula. Bila datang negara kita, langsung tak hormat undang-undang Malaysia. Mereka ni pengotor dan tak boleh diberi muka sebab banyak yang jenis "ada udang disebalik batu".

Penipuan Internet: Tiga Rakyat Tempatan Rugi Lebih Setengah Juta
Khamis Januari 27, 2011
LABUAN: Tiga rakyat tempatan, termasuk dua wanita rugi RM567,230 didakwa ditipu kenalan yang dikenali dalam laman web sosial Facebook dan blog yang merupakan kes pertama di pulau itu.
Ketua Polis Labuan Penguasa Saiman Kasran berkata dua wanita yang terbabit merupakan seorang jururawat dan seorang penasihat institut pengajian tinggi kerugian, sementara seorang lelaki merupakan kakitangan kerajaan.
Jururawat itu ditipu RM430,000 pada 18 Nov lepas, kaunselor itu ditipu RM130,430 pada 21 Januari lalu dan penjawat awam pula kerugian RM6,800 pada 22 Januari lepas, katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Beliau berkata modus operandi penipuan itu memakan masa hampir setahun dengan menggunakan taktik pujuk rayu sehingga mangsa tanpa berfikir panjang memasukkan jumlah duit yang agar besar ke dalam akaun kenalan mereka ini.
Sebaik menerima wang itu, kenalan baru mereka itu terus menghilangkan diri, katanya.
Beliau berkata unit khas polis Labuan kini sedang mengesan pemegang akaun tersebut bagi membolehkan identiti dalang sindiket itu dikenal pasti. - BERNAMA
Sumber : mstar berita jenayah
Kes Denggi Menurun, Indeks Pembiakan Aedes Masih Tinggi
Published: Khamis Januari 27, 2011
KUALA LUMPUR: Kes demam denggi sepanjang minggu lepas turun 18 peratus dengan hanya 489 kes dilaporkan berbanding 596 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan hari ini berkata indeks pembiakan nyamuk Aedes bagaimanapun masih tinggi, di mana daripada 111 lokaliti yang dipantau, 228 premis didapati positif dengan 507 tempat pembiakan nyamuk Aedes ditemui.
Beliau berkata jumlah terkumpul kes demam denggi sehingga Sabtu lepas ialah 1,606 kes, iaitu penurunan 47 peratus atau 1,424 kes berbanding 3,030 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu bagi penyakit Chikungunya pula tiada kes baru dilaporkan sepanjang minggu lepas.
"Jumlah terkumpul kes itu ialah dua, penurunan 99 peratus atau 209 kes berbanding 211 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, " katanya. - BERNAMA
Sumber : mstar berita
Khamis, 27 Januari 2011
PAKAIAN KANAK-KANAK JENAMA GAP
GAP Jeans Sweater
Saiz : 11Y-12Y
Harga Asal : RM100.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM80.00
GAP Top Collar Boy
Saiz : 2Y-5Y
Harga Asal : RM47.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM37.60
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
OFFER!!! :-
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
Pakaian Kanak-kanak Jenama CARTER
Jumper Girl (Butterfly)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Jumper Boy (Jalur)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Jumper Boy (No.83)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Bodysuit Boy (Koboi)
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Jumper Belang Merah
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Jumper Boy " I`m Monster"
Saiz : 3M,6M,12M,18M
Harga Asal : RM32.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM25.60
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
PENTING :-
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
Pakaian Kanak-Kanak Jenama CALVIN KLEIN
Calvin Klein Boy Set
Saiz : 4Y-7Y
Harga Asal : RM75.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM60.00
Calvin Klein Boy Top
Saiz : 2Y-10Y
Harga Asal : RM45.00
Diskaun : 20%
Selepas Diskaun : RM36.00
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
PENTING :-
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
ADA YANG MENDAKWA ALPHA LIPID TIDAK BERKUALITI
Saya dapat tahu dari ahli saya, ada yang mempertikaikan kualiti susu alpha lipid ni dan cara penyediaan produk ni. Pihak yang mempertikaikan tu baca dalam blog si aidid katanya.
Apa yang boleh saya komen di sini,tak semua apa yg si aidid tu selidik tu betul...tak perlu nak percaya 100% dlm blog dia tu...Saya minum ok jer..
Kalau dah si aidid tu pakar sangat minta tolong suruh dia buktikan penyelidikan dia tu kat PM kita najib dan bekas PM kita Pak Lah, sebabnya Najib dan Pak Lah dan family dorang pun memang amalkan susu alpha lipid ni...Tak percaya apa yg sy bagitau?...Untuk Para Pengedar Alpha Lipid sila tanya Up-line kita semua abang Nik dan Up-line saya sendiri En.Samhan.Tanya dorang betul tak Najib dan Pak Lah pun amalkan susu alpha lipid ni?
Kalau tak puas hati juga, telefon KPDN saja minta pihak KPDN buat penyiasatan dengan syarikat New Image ni.
Saya harap pihak New Image ambil perhatian dalam hal ini ya....sila buktikan produk Alpha Lipid ni sememangnya berkualiti dan terjamin keberkesanannya. Dan harap sangat New Image sentiasa menjaga imej syarikat dengan sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kualiti produk ini.
Khasiat Ayat-ayat Suci
Surah Al-Fatihah
(a) Terhindar dari kecelakaan kecuali ajal
Bagi mereka yang membaca surah Al-Fatihah (1 X) ketika hendak tidur, kemudian membaca Surah Al-Ikhlas (1 X), Surah Al-Falaq (1 X) dan Surah An-Nas (1 X) maka terhindarlah dari kecelakaan kecuali ajal.
(b) Penawar bagi demam panas
Surah Al-Fatihah jika dibaca (41 X) pada segelas air dan diminum, kemudian diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insya Allah akan segera sembuh.
(c) Penghindar kesusahan hidup
Apabila surah ini dibaca berulang kali (7 X) selepas solat fardhu, insya Allah orang yang mengamalkannya dihindarkan dari segala kesusahan hidup.
(d) Rezeki dipermudahkan
Kemudian surah ini dibaca (41 X) selepas solat Subuh berulang-ulang kali, insya Allah akan dimudahkan rezeki, dapat menyelesaikan hutang dan akan disenangi orang bila bertemu dengannya.
Pakaian Kanak-kanak Berjenama RALPH LAUREN
RALPH LAUREN Dress Green Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
-SOLD-
RALPH LAUREN Dress White Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
RALPH LAUREN Dress Yellow Polkadot
Saiz : 9M,12M,18M24M
Harga Asal : RM65.00
Diskaun: 20%
Selepas Diskaun : RM52.00
Berminat nak beli? sila email @ call @ sms @ YM spt dibawah;
Email : adhz_permata@yahoo.com
H/P : 012- 9762351
YM: adhz_permata
Cara bayaran ialah bankin melalui akaun :-
1. MAYBANK AKAUN : 102072291528 (Azliana Adanan)
2. CIMB AKAUN : 14310066432529 (Azliana Adanan)
Selepas bankin sila emailkan bukti bayaran @ call @ smskan jumlah yang telah dimasukkan dan berikan alamat penuh untuk poslaju.
PENTING :-
PENGHANTARAN ADALAH SECARA PERCUMA,
JADI TUNGGU APA LAGI JOM SHOPPING!!!!
Silap beli rokok, empat beradik kena terajang
Oleh Hadzlan Hassan dan Nojie Nadzirah
2011/01/27
Mangsa dera dihalau bapaPERMAISURI: Hanya kerana si kakak tersilap membeli rokok bapanya, empat beradik menjadi mangsa terajang lelaki tidak bertanggungjawab itu, sebelum dihalau dari rumah dan bermalam dalam hujan lebat di hutan berhampiran Guntung di sini, semalam.
Empat beradik berkenaan termasuk tiga perempuan berusia 8, 10 dan 14 tahun dan seorang adik lelaki berusia tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera bapa sendiri termasuk beberapa kes sebelum ini, sebelum dihalau dari rumah kira-kira jam 1 pagi akibat kesilapan kecil itu.
Lebih menyedihkan, sifat kejam bapa kanak-kanak terbabit bukan kali pertama berlaku kepada mereka, malah sudah beberapa kali diterajang, disepak dan dihentak dengan hulu parang dan dicucuh dengan puntung rokok.
Kesan kecederaan itu dikenal pasti apabila mereka dibawa polis ke Hospital Setiu untuk rawatan semalam, selepas mereka ditemui orang awam dalam keadaan menyedihkan dan kesejukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi memberitahu satu laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan semua kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di Hospital Setiu.
Katanya, laporan dibuat orang ramai yang terserempak dengan kumpulan kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya, sebelum mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dimaklumkan dan membawa mangsa ke hospital untuk rawatan, sebelelum mereka didapati cedera akibat didera", katanya.
Sementara itu kira-kira jam 7.30 malam tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 58 tahun, iaitu bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan perintah reman terhadapnya akan dipohon bagi membantu siasatan.
Sumber : berita harian online
Tiz Zaqyah Tekejut Fasha Putus Cinta
Khamis Januari 27, 2011
Oleh KEMALIA OTHMAN
Tiz Zaqyah
PETALING JAYA: Pelakon wanita, Tiz Zaqyah yang pernah dikaitkan dengan kontroversi mempunyai hubungan dengan bekas pasangan kekasih Fasha dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) memberitahu terkejut dengan berita tentang perpisahan itu.
Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut adalah hal peribadi pasangan berkenaan dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya.
“Tipulah kalau saya kata tidak tahu tentang perkara itu sebab ia menjadi perbualan hangat beberapa hari ini. Ketika membacanya saya berasa begitu terkejut.
“Namun itu adalah hal peribadi mereka dan saya tidak mahu ambil tahu tentang perkara itu. Kalau boleh saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Drama Gemilang di Pusat Komuniti Bukit Damansara, din sini Rabu.
Sementara itu, Tiz turut menolak desas-desus pertunangannya dengan anak seorang VIP bernama Aizat Fikri dan kontroversi tinggal sebumbung dengan pelakon kacak Remy Ishak.
“Saya hairan bagaimana orang boleh kaitkan saya dengan seorang lelaki bernama Aizat itu sedangkan saya tidak pernah mengenalinya langsung, jika mereka ada bukti sila tunjukkan pada saya.
“Selepas itu gosip beli rumah dengan Remy Ishak dan dakwaan kami tinggal sebumbung ia tidak benar sama sekali. Saya masih duduk dengan keluarga saya dan seperti yang pernah saya beritahu Remy hanya kawan sepertimana kawan-kawan saya yang lain,” ujarnya.
Jelas Tiz, dia menganggap apa juga kontroversi dan fitnah yang berlaku terhadap akan terbukti jika ianya tidak benar.
“Banyak kontroversi yang saya hadapi tapi saya percaya bahawa kebenaran akan terbukti,” katanya yang tidak mahu dikenali sebagai pelakon kontroversi lagi.
Bercerita tentang watak dalam drama Gemilang arahan Khabir Bhatia ini, Tiz menganggap watak seorang guru bernama Asma merupakan sebuah watak yang agak berlainan dari drama yang pernah dilakonkan bi bawah arahan pengarah tersebut.
“Drama ini memerlukan saya menjadi seorang guru yang baik dan mencintai seorang lelaki. Saya suka drama Gemilang ini kerana dapat bekerja bersama pelakon-pelakon yang lebih kurang seusia dengan saya.
“Selain itu ia merupakan projek kelima saya bersama Khabir Bhatia selepas Nur Kasih, Nur Kasih The Movie, Keabadian Cinta, Tujuh Lagu dan Gemilang,” katanya.
Drama berkisarkan nostalgia Malaysia pada lewat tahun 70-an ini disiarkan bermula 24 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 9 malam di TV3.
Ia turut membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Shahz Jaszle, Kamal Adli, Jalaluddin Hassan, Tasha Shilla dan ramai lagi.
Sumber : mstar hiburan

Premis Sekolah Agama Swasta Diserbu Suruh Pelajar Kutip Derma
Rabu Januari 26, 2011
PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menyerbu sebuah sekolah agama swasta dekat sini kerana dikatakan mengguna pelajar bawah umur untuk mengutip derma di sekitar bandar ini dan Seremban.
Sekolah itu yang mempunyai kira-kira 50 pelajar lelaki dan perempuan diserbu oleh anggota penguatkuasa dari JHEAINS, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis.
Tiga orang tenaga pengajar, seorang daripadanya merupakan Penyelia Zon Selatan pusat tahfiz terkenal di Utara Semenanjung telah dibawa ke Balai Polis Lukut untuk diambil keterangan.
Jurucakap JHEAINS berkata, pihaknya semakin kerap menerima aduan dari orang ramai yang terserempak dengan para pelajar dari sekolah itu yang sering meminta derma menerusi jualan produk berunsur agama seperti video cakera padat, kalender Islam dan cenderamata, kebanyakannya berharga RM10.
Resit untuk nilai RM10 disediakan kepada penderma, katanya.
Salah seorang tenaga pengajar yang ditahan memberi alasan bahawa penjualan barangan itu oleh pelajar merupakan sebahagian dari kurikulum pengajian.
MPPD turut mengeluarkan saman terhadap tuan punya premis empat tingkat sekolah berkenaan yang terletak di Chuah, atas kesalahan mengubah struktur bangunan tanpa kebenaran. - BERNAMA
Sumber : mstar online
Bohong : PAS desak calon BN tarik diri
|
Rabu, 26 Januari 2011
Mayat Yang Keluar Ulat Hidup-hidup
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut.
Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Sumber : Blog PeribadiRasullah
5 Ujian Allah SWT Tanda Allah Mencintai Kita
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.
وما أخذ منك إلا ليعطيك2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.
وما أبكاك إلا ليضحكك3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.
وما حرمك إلا ليتفضل عليك4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.
وما ابتلاك إلا لأنه يحبك5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.
جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima bala atau ujian Allah SWT, Allah SWT akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :
Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku
sumber: http://peribadirasulullah.wordpress.com/

Langgan:
Catatan (Atom)