Khamis, 26 Mei 2011

Kenangan Masa Menunaikan Umrah

Saya g umrah bulan 3 lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Setiap kali saya kuar hotel nak g mana2 memang dalam hati saya tak henti2 berzikir dan berselawat. Rasa tenang dan bersyukur dan cinta yang teramat pada ALLAH MAHA BESAR

Lagi satu bila disana lihat tempat2 bersejarah dan kisah nabi Muhammad S.a.w dan para sahabatnya berjuang menegakkan islam...buatkan saya rasa bertambah kasih dan sayang pada mereka .

Masa di masjid nabawi di madinah memang kita semua amat bertuah jika dapat berdoa selepas solat sunat di RAUDAH kan...dengan keadaan berasak-asak tu memang ada yang tak boleh nak berdoa lama2 lepas solat sunat tu. Tapi alhamdulillah sangat saya boleh berdoa lama dan sepuas hatiku di kawasan RAUDAH tu. Syukur sangat, pengawal masjid yang jaga kat situ boleh terlepas pandang saya yang dok lama kat situ...huhu...

Masa tengah tawaf tu, memanglah ramai orang kan. Tapi dalam hati saya tak henti2 berdoa akan dipermudahkan laluan saya untuk menyentuh makam ibrahim dan kaabah.

Alhamdulillah..dalam dok tengah tawaf sunat dan khusyuk baca ayat2 suci bila toleh jer saya dah dekat dengan makam ibrahim..dan saya boleh sentuh dengan mudah. Pehtu tawaf lagi dan sedar2 dah hampir ngan kaabah dan boleh sentuh lama juga.

Masa mengerjakan umrah memang saya buat betul2 dan takde terniat pk yang lain. Memang saya amek peluang bertaubat dan berdoa sebanyak mungkin pada YANG MAHA ESA.

Memang itulah kenangan manis dan tak dapat dilupakan.

Saya berdoa moga tahun depan saya dapat ke sana lagi begitu juga ngan para pelawat blog saya yang beragama islam dalam ni. Moga kita semua dimurahkan rezeki untuk kesana...AMIN.

Saya rindu sangat akan suasana dalam Masjidil Haram di Mekah. Bila lihat tv astro 106 tu, selalu masa disiarkan zikir tu ada gambar masjidil haram....suka tengok suasananya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan