Hmmm...semalam 1 pagi dh perasan , bila buka paip air kat sinki dapur....air kuar sikit...hmm dia buat dah....mesti air takde ni esok hari....
Apalagi mulalah buat persiapan menabung air...huhu....abis segala tong besar dalam bilik air,botol2 mineral water ,tong air (tong putih bekas air zam-zam tu),besen dan termasuk periuk....semuanya penuh diisi ngan air.
Nak penuhkan semua tu siaplah sampai kul 3 pagi baru siap. Apa taknya dah air paip kuar 'secorek' jer....sampai berpeluh-peluh dan lenguh dibuatnya dok tunggu penuh satu2 bekas tu....
Bila dah siap...hmm tidur 3 jam jer....kul 6 pagi bangun solat subuh dan bangunkan anak2 utk bersiap ke sekolah. Hmm dah separuh air abis...jadinya pagi ni takde sarapan dan minuman coz nak jimat air...huhu
Kul 11.00 pagi, anak bongsu `adik montel` lak cam biasa, biasalah berak pula....hmm air yang tinggal buat basuh dan mandinya...tinggal lagi suku....
Kul 12.00 tengahari, nak masak utk lunch lak. Masak apa yang patut jerlah dengan air yang ada tu....coz nanti anak2 balik sekolah pun nak pakai air lak...
Jam 1.20 tengahari,anak2 balik sekolah...air masih takde....Lepas makan,segala pinggan mangkuk disusun penuh dalam sinki...apa nak buat kan...biar jelah....dah takde air...
Hmm masing2 cam biasa nak buang air kecil pula...jadi gunalah yang masih tinggal 3 botol jer lagi tu....
Nampak gaya hari ni ponteng lagi sekolah agama...alasannya takde air nak mandi....sebenarnya kalau ikut `ibunya` memang nak suh dorang pegi sekolah gak....suh cuci muka jer. Tapi `ayah` dorang lak yang jenis `tak sampai hati` tu cakap , tak payahlah takut anak demam lak nanti pergi sekolah tengah panas2 ni dengan tak mandinya....hmm ikut jelah cakap ayah dorang....
Kul 4.00 petang, ada janji lak ngan customer nak pergi kedai. Hmm elok gaklah tu...apa lagi kul 3.00 petang satu family pakat g kedai dan mandi manda serta solat kat kedai. Nasib baiklah ada gak kedai...boleh mandi kat situ...huhuhu. Selalunya kalau malas nak g kedai, kami anak beranak akan g mandi kat hentian Plus sungai buloh...hehehe (tapi jauh sangatlah...)
Lepas tutup kedai jam 6.45 petang, terus g makan kat kedai tomyam dulu baru balik rumah. Dalam perjalanan nak sampai rumah kul 7.30 malam, jiran bawa tong besar naik motor. Suami tegur apsal takde air lagi ker?
`Ha`ah ' lom ada lagi ,..jiran tu gitau...
Aiseh...lamanya!!!...Kalau tau tadi mandi dan solat siap2 kat kedai dulu....Hmm jawabnya tak jadi nak parking keta. Undur keta semula dan pergi kedai semula bermandi-manda dan bersolat kat sana...
Balik rumah, sampai sekarang air lom ader ni...dah kul 11.45mlm ni....
Hello orang SYABAS..apakehal ni? Dalam sebulan dan 3-4 kali asyik bocor sana-sini ni...akibatnya kita orang gak jadi mangsa....
Dah ler bil air mahal kemain!!! Tapi servis lembab....kesianlah ngan kami yang ada anak-pinak ni....
Malam ni anak yang bongsu kena dera, tak kasi minum susu coz kalau lepas minum susu mesti dia akan berak....air lak takde dah abis langsung...
Sian ngan `adik montel`, terpaksa hisap botol kosong buat lepas gian....
Taktaulah kul baper air nak ada ni...kalau esok masih takde air...jawabnya tak ke sekolah pulak lak anak2 tu...hmmm.....
Ada menjual Pakaian wanita dan lelaki dewasa, Pakaian kanak-kanak berjenama (original),Ubatan tradisional seperti Nenas batu, Minyak Mariam dll, Susu Alpha Lipid dan Slim Diet II dan Produk Revell. Selain bershoping ...bagi yang tengah mencari Resepi Masakan, Petua-petua masakan dan kecantikan,Fesyen, baca perkembangan semasa dan apa-apa jer bolehlah layan jer kat sini yer....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan