Jumaat, 11 November 2011

Bulan November ni banyak yang sambut hari lahir dalam my family

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kek tahun lepas punya...ulang tayang..hehe...

Nampaknya dalam bulan ni, memang banyak yang sambut hari lahir dalam keluarga saya...

Alhamdulillah dikurniakan tubuh badan yang sihat dan umur yang panjang oleh ALLAH YANG MAHA ESA, sangat bersyukur dan insaf atas NIKMATNYA...AMIN YA ROBBIL ALAMIN.

Anak2 saya jer ada 3 orang yang semuanya lahir bulan November ni...memang selalu sambut sekaligus dorang bertiga ni...senang sikit...hehe...

Hari ni Jumaat, bertarikh 11 / 11 / 2011 bersamaan 15 Zulhijjah 1432 genaplah umur anak lelaki saya yang sorang tu 7 tahun.  Muhamad Hasnul Fitri namanya anak saya yang sorang jer `hero` ni....yang lelain semua anak dara...hehe
Selamat Hari Lahir Alang, Ibu doakan Alang jadi anak yang soleh,beriman dan taat pada perintah ALLAH YANG ESA, patuh dan selalu dengar cakap ibu dan ayah serta menjadi insan yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi....AMIN YA ROBBIL ALAMIN.


Ada lagi 2 orang anak saya yang juga bakal menyambut hari lahir pada bulan November ni iaitu Angah akan genap umur 9 tahun pada 16 / 11 / 2011 (kakak pada Alang) dan anak yang bongsu yang kami sekeluarga gelarkan `si montel` ataupun adik akan genap umur 2 tahun pada 27 / 11 / 2011 nanti.

Meriahlah setiap kali sambutan hari lahir mereka bertiga ni. Kalau balik kampung selalunya kami akan buat sekali sambutan dengan tok dorang ( mak saya) dan pak sedara dorang (adik lelaki saya) yang juga sambut hari lahir pada bulan November ni. 

Khamis, 3 November 2011

Tips Untuk Kurus

Paling penting cuba amalkan macam kat bawah:-

1. Kurangkan  makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.

Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

1.Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

2.Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

3.Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

4.Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

5.Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

6.Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

7.Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

8. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

9.Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

10. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

11. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet .

12. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

13. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

14. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

15. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

16. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

17. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

18. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

19. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

20. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

21. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

22. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

Isnin, 31 Oktober 2011

Siakap Masam Manis

Bahan - bahan:
1 ekor Ikan siakap (saya buat separuh jer)
1 biji Bawang besar-dipotong dadu
2 ulas Bawang putih-dipotong dadu
1 tangkai cili merah - dihiris nipis-nipis
1 biji Timun - dipotong dadu
1 biji Nenas Kecil-dipotong dadu
1 biji Tomato-dipotong dadu
3 sudu besar Sos tomato
2 sudu besar Sos cili

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering yang ditumbuk atau cili boh
50ml Air
1 sudu kecil Air limau nipis
minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
sedikit kunyit
*bagi yang nak taruk ajinomoto pun boleh( saya tak guna)

Cara menyediakan:
1. Ikan dibuang perutnya dan dibersihkan.
2. Keringkan ikan dan gaulkan dengan garam dan kunyit, perap selama 15minit.
3. Goreng ikan sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. Ketepikan.
4. Tumis bawang besar sehingga kekuning-kuningan.
5. Kemudian, masukkan semua sos,cili kering yang ditumbuk,air limau nipis dan air. Kacau sehingga mendidih.
6. Setelah cukup pekat, masukkan cili merah dan bahan yang telah dipotong tadi.
7. Angkat dan tuang diatas ikan sehingga rata.
8. Sedia dihidangkan.
* utk hiasan boleh taburkan hirisan daun sup.

Isnin, 24 Oktober 2011

Katakan` tidak` pada mi segera atau maggi


136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalammi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atasmenunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi.Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut MajlisPengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlahlemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada hadpengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?

Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate:Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas,penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycolelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane:

Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.Pewarna tiruan(contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Selasa, 18 Oktober 2011

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Kontraktor ubahsuai rumah

Hai semua...

Ok buat sesiapa yang dok tengah cari kontraktor nak buat rumah atau ubahsuai rumah tu boleh lah call atau email saya.

Saya ada kenal kontraktor cina yang memang pakar dalam ubasuai dan buat rumah ni. Dia ni memang banyak buat projek rumah-rumah mewah.

Berminat contact saya k....

Ahad, 16 Oktober 2011

Salam semua

Salam semua.....

Nampaknya dah lama tak sempat update blog yang terbiar sepi ni..huhu

Maaflah selain sibuk berbisnes sekarang ni sibuk juga dok berdiet dan bersenam..almaklumlah lepas raya dulu berat badan bagai dipam-pam makin bertambah kilogram....huhu...

Tapi sib baik lah tersedar awal dah telah mengambil langkah2 yang sepatutnya untuk mebuang kembali lemak-lemak di tubuh yang makin nak bermaharajalela tu...

Selasa, 20 September 2011

Honda City 1.5 VTEC auto Facelift TIPTOP 2007

Honda City 1.5 VTEC auto Facelift TIPTOP 2007 ---> RM58,900.00

Reg. year: 2007
Mileage: 70 000 - 74 999
Transmission: Auto
Engine Capacity: 1500 cc
Accessories: Solar Film, CD Player, Airbag driver, Airbag passenger, ABS Brakes, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering

V-TEC
~1 Careful owner
~Original paint until now
~100% acc free
~maintain service
~very careful owner use..
~very low milleage
~engine and car very well maintain by owner
~clean and good interior
~sport rim
~air-bag
~full loan

TIP TOP CONDITION
NO NEED REPAIR

Perodua Kancil 850 Auto 04 Fuel Injection 2004

Perodua Kancil 850 Auto 04 Fuel Injection 2004--->RM17,200.00
Accessories: CD Player, Sport rims, Alarm
Engine Capacity: 850 cc
-Tip Top Condition
-100% Accident Free
-Clean Interior
-Metalic Silver
-Well Maintained
-Sport Rims
-One Careful Lady Owner
-No Need Repair
Accept Trade In

Sabtu, 17 September 2011

Perodua Kancil 850 EZi Auto Twincam Fuel injection 2006 RM17500K

Perodua Kancil 850 EZi Auto Twincam Fuel injection 2006 ---> RM17,500.00







Accessories: Solar Film, Sport rims, Alarm, Central lock, Adjustable steering
Engine Capacity: 850 cc
--1 careful Ladys owner
--All original
--Enjin Injection & Twin Cam
--Enjin Gear Box Tiptop
--Paint Original (nothing paint before)
--Guarantee Acc-Free
--Tip Top condition
--Very Clean Interior
--Like new
--No need repair
--Very careful owner
--Low mileage
--service in PERODUA
--See to believe
--Trade In Welcome

Berminat sila call atau sms untuk temujanji lihat kereta : 012-9762351
Serius buyer sahaja ok...

Bagi yang nak cari keta lain, blh bagitau nak keta apa, insyaallah saya cuba cari....

Jumaat, 9 September 2011

Gamat Asli Langkawi Terbaru



Ada menjual gamat kering dari langkawi yang belum diproses. Bagus utk proses penyembuhan dalaman dan pelbagai khasiat. Gamat kering ni selepas dikeringkan ianya sebesar ibu jari tangan kita (maksudnya lebih besar dari gamat kering yang saya jual terdahulu, sila rujuk fotopages saya ;- )

Bagi yang tengah mencari gamat kering utk rawatan secara tradisional boleh order dan call saya.

Banyak khasiatnya, antaranya:
1.utk proses penyembuhan luka dalaman bagi yang lepas pembedahan.
2.utk wanita lepas bersalin, direbus dan dibuat sup gamat.
3.utk. tambah tenaga bagi lelaki dan wanita.
4.serta banyak lagi khasiatnya...

MAKLUMAN :-
SEBUNGKUS ADA 4 EKOR GAMAT KERING = RM54.00

CAJ POSLAJU=
SM:RM6.00
SS:RM8.00
SINGAPORE DAN BRUNEI : RM25.00
LAIN-LAIN NEGARA: SILA MAKLUMAN PADA SAYA NANTI SAYA BERITAHU KOSNYA

Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Assalamualaikum semua...

Rasanya kita ni masih lagi dalam suasana hari raya kan..maklumlah masih lagi di bulan Syawal kan...

Jadi sempena tu saya nak amek kesempatan ini nak ucapkan selamat hari raya,mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis dalam blog saya ni dan juga buat semua para pelanggan saya.

Tanpa anda semua, siapalah saya yang berniaga kecil-kecilan ni yer...huhu

Harap anda semua gembira dan ceria menyambut hari raya bersama keluarga dan anak-anak tercinta.

p/s: Setelah berhari-hari menyambut hari raya dengan menikmati segala macam hidangan yang menambahkan lagi berat badan yang sedia ada ni, tibalah masanya kita pakat start diet semula.

Adehh...pedihnya hati ni bila tengok jarum timbangan berat telah menambah bilangan hampir 2kg pagi ni....fuhhh siksanya nak buang semula kolestrol dan lemak dibadan yang telah ditambah sempena bulan puasa dan hari raya ni...

Jenuh lah nak kena g jogging ni....huhuhu....

Selasa, 2 Ogos 2011

Apartment Untuk dijual

Apartment untuk dijual segera!!!
Lokasi adalah di port Dickson, sila lihat butiran dibawah;-










APARTMENT DI TIARA BEACH RESORT,PORT DICKSON

Property Type: Apartment
Tenure : Freehold
Title Type : Strata
Built-up: 615 sq.ft.
Asking Price : RM160,000.00 (nego sampai jadi)
Bedrooms : 2
Bathrooms : 2
Unit Type : Intermediate
Furnishing : Fully Furnished
Facilities : Barbecue Area, Business Centre, Cafeteria, Club House, Covered Parking, Gymnasium, Jacuzzi, Jogging Track, Mini Market, Playground, Sauna, Swimming Pool, Wading Pool

Berminat, sila email atau call saya segera untuk temujanji.

tel: 012-9762351
email: adhz_permata@yahoo.com
Hanya serius buyer sahaja, dikehendaki

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nampaknya pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan ramadan esok hari. Cepatnya masa berlalu yer...

Alhamdulillah dan bersyukur sangat sebab masih berpeluang diberikan kenikmatan oleh ALLAH YANG MAHA AGONG untuk saya dan keluarga tersayang menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Dapat lagi peluang untuk membuat ibadat dan memohon keampunan serta bertaubat pada ALLAH YANG ESA di bulan yang mulia ini.

Apapun selamat berpuasa pada semua umat Islam dan selamat menunaikan solat terawih pada malam ini.


p/s: Nak amek kesempatan nak minta maaf  lagi sekali kat Kak Ani dan adik2 dari terengganu yang datang pada jumaat lepas. Terkejut saya tengok sampai 24 kali miss call kat hp...huhu..ingat tak jadi datang....harap tak serik datang nak borong dengan saya lagi yer...

Khamis, 28 Julai 2011

Suami Dirampas Perempuan Indon

 TERANIAYA... Ros menunjukkan sijil nikah palsu perkahwinannya.

BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula  dia rampas,” rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.
  Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.

  “Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.
  “Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.    Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.

  “Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.

  “Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.


  “Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.

  Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.
  “Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Sumber : HM

p/s: Pelik ngan perempuan ni apsal berani kutip indon tu bawa balik rumah...jangan ler percaya ngan orang asing yang kita belum kenal hati budi mereka.


Apapun saya memang langsung tak percaya ngan warga indon sama ada perempuan mahupun lelaki. Mereka ni memang dalam hati mereka ada agendanya.

Rabu, 27 Julai 2011

Bengkung Tali Dania


Pandangan hadapan

Bengkung Tali Dania
Saiz : S, M,L,XL 
Harga: RM47.00
Caj poslaju : RM6.00
Total : RM52.00

* stok terkini yang ada sekarang ialah saiz S dan XL sahaja.*

Butiran : -
Bengkung tali dania yang mendapat sambutan hangat dari pelanggan. Rekaan yang mesra pengguna, sangat selesa kerana didalam lapisan kain krim tersebut ada span yang berfungsi untuk membantu membentuk potongan tubuh terutama perut dan punggung. Di hadapan iaitu bahagian tengah untuk menutupi perut dibuat dengan kain yang tebal bewarna merah hati untuk kejapkan lagi perut yang menggeleber dan tidak nampak comot akibat sapuan minyak angin atau herba yang disapu di perut.

Bengkung Zap Balqis


Bengkung zap balqis
Saiz : Free saiz (S-XL)
Harga : RM63.00
Caj Poslaju : RM6.00
Total : RM69.00

Butiran : Rekaan moden yang praktikal. Sangat mudah untuk pakai dan tanggalkan, jenis lekat sahaja(velcro). Bagus untuk kempiskan perut dan buang angin. elok untuk wanita lepas bersalin dan juga bagi sesiapa yang ingin kempiskan perut.

First time amek gambar artis

Saja jer nak kongsikan gambar artis yang pertama dalam hidup ni tergerak hati nak amek..hehehe...
Sebabnya sebelum ni langsung tak berminat dan takde nafsu pun nak amek gambar mana-mana artis di Malaysia ni...huhu...
Walaupun minat setakat dengar lagu jer.... masa muda2 dulu selalu jer tersempak ngan artis2 popular dok g bercuti kat Langkawi (kampung saya lah tu..hehe)....tapi buat tak tau jer....

Tapi hari tu masa join niaga kat bazar di PWTC (tahun lepas punya ni...dah lama pun...hehe)..kumpulan RABBANI ada datang situ dan mereka jadi jadi duta satu produk minyak wangi kat salah satu rakan bisnes yang kebetulan dok sebelah tapak niaga saya. Jadinya entah kenapa tingin lak nak amek gambar kumpulan RABBANI ni...lagipun saya memang respek cara mereka berdakwah melalui nasyid.

Jom layan....

p/s: ok sekeping dah ler...buat cuci mata...

Selasa, 26 Julai 2011

BLUEBERI BOULEVARD SUN FLOWER COTTON DRESS

BLUEBERI BOULEVARD SUN FLOWER COTTON DRESS
Saiz : 3Y,4Y,5Y 
Harga : RM40.00
No Diskaun.
Penghantaran secara percuma!!!

Butiran : Rekaan ringkas, moden dan cantik. 

PLACE jeans Girl

Place Jeans Girl
Saiz : 18M,24M
Harga : RM60.00
Diskaun: 15%
Selepas Diskaun: RM51.00
Caj poslaju : RM6.00
Jumlah semua : RM57.00

Butiran : Jeans yang cute untuk baby anda bergaya. Kain berkualiti dan original, sangat selesa dipakai.Tidak panas dan jenis serap peluh. Butangnya ada batu permata ditengahnya sangat eksklusif.